Pitbulterier Amerika
Pitbulterier Amerika

Pitbulterier Amerika

Pitbulterier Amerika atau pit bull terrier Amerika[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing yang diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC)[1] dan American Dog Breeders Association (ADBA),[2] tetapi bukan American Kennel Club (AKC).[3] Ia merupakan anjing bersaiz sederhana, berbulu pendek, dan berbinaan padu, yang leluhur awalnya berasal dari England. Jika dibandingkan dengan bulterier Staffordshire Inggeris, pitbulterier Amerika adalah lebih besar dengan jidar ketinggian 6–8 inci (15–20 cm) dan berat 25–35 paun (11–16 kg). Pitbulterier Amerika berbeza-beza dari segi saiz: jantan biasanya sekitar setinggi 18–21 inci (46–53 cm) dan seberat 35–60 paun (16–27 kg), sementara betina pula biasanya sekitar setinggi 17–20 inci (43–51 cm) dan seberat 30–50 paun (14–23 kg).[1]Menurut ADBA, pitbul Amerika diperihalkan bersaiz sederhana dan mempunyai lapis bulu pendek dan struktur otot licin cukup jelas dan matanya patut bulat hingga berbentuk badam dan telinganya pendek hingga sederhana, biasanya separa mencucuk atau mawar dari segi gaya bawa. Ekornya ditetapkan tebal sedikit dan meruncing ke titik. Lapis bulu yang disyaratkan oleh ADBA adalah licau, licin, pendek, dan kaku kepada sentuhan. Banyak warna, corak warna, dan gabungan warna dapat diterima oleh ADBA, kecuali kedua-dua ADBA dan UKC tidak mengiktiraf pewarnaan merle.[1][2] Corak warna yang tipikal pada baka ini merupakan padu dan tuksedo.[4][5]Walaupun terdapat penggunaan percakapan bagi istilah "pitbul" untuk merangkumi seluruh kategori anjing dan penggunaan perundangan bagi istilah itu untuk menyertakan beberapa baka dalam perundangan, sesetengah pembiak baka profesional konservatif bagi pitbulterier Amerika serta sesetengah pakar dan penyokong mendakwa bahawa, dari segi sejarah, APBT ialah satu-satunya "pitbul" sebenar dan satu-satunya baka yang patut dinamai sedemikian.[6][7][8][9]Dua belas buah negara di Eropah, serta Australia, Kanada, sesetengah bahagian Amerika Syarikat, Ecuador, Malaysia, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, dan Venezuela telah menggubal sesetengah bentuk perundangan spesifik baka ke atas anjing jenis pitbul, termasuk pitbulterier Amerika, daripada larangan langsung kepada pembatasan import dan syarat pemilikan. Beberapa buah negeri di Australia menempatkan sekatan ke atas baka ini, termasuk pemandulan mandatori. Pitbulterier dilarang di United Kingdom,[10] di provinsi Ontario di Kanada,[11] dan di banyak lokasi di Amerika Syarikat.[12]

Pitbulterier Amerika

Negara asal Amerika Syarikat
Tinggi Jantan
Berat Jantan
Bulu licin
nipis
tunggal
Saiz perinduk 5–10 ekor
TraitBeratTinggiBuluWarnaSaiz perindukJangka hayat
Trait
BeratJantan15.8–27.2 kg (35–60 lb)
Betina13.6–22.6 kg (30–50 lb)
TinggiJantan45–53 cm (18–21 in)
Betina43–50 cm (17–20 in)
Bululicin
nipis
tunggal
WarnaBerbilang warna dan gabungan yang diterima (kecuali merle)
Merah, hitam, dan buckskin merupakan yang paling lazim
Saiz perinduk5–10 ekor
Jangka hayatKira-kira 8–15 tahun
Nama ringkas
  • Pit
  • APBT
Jangka hayat Kira-kira 8–15 tahun
Warna Berbilang warna dan gabungan yang diterima (kecuali merle)
Merah, hitam, dan buckskin merupakan yang paling lazim
Nama lain
  • Pit bull terrier Amerika
  • Pitbul
  • Pit bull
  • Pitbulterier
  • Pitbull terrier
  • Pittie